NADI Kesejahteraan Kendiri REACH – Siri Jelajah Sarawak – Saringan Kesihatan Percuma
19 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat, 18 Julai 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Quop telah melaksanakan Program Saringan Kesihatan komuniti di bawah inisiatif NADI Kesejahteraan, yang dikenali sebagai REACH JOM SARING, bertujuan memupuk amalan pencegahan dan pengesanan awal penyakit dalam kalangan komuniti sekitar NADI.
Antara objektif utama NADI Kesejahteraan Kendiri adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti. Melalui inisiatif REACH, pasukan perubatan akan berada di NADI untuk membuat saringan kesihatan secara percuma untuk ahli NADI. Setiap NADI yang terlibat digalakkan untuk mempromosi inisiatif saringan kesihatan tersebut kepada komuniti sekitar NADI masing-masing.
Secara keseluruhannya, inisiatif ini membuktikan bahawa sokongan yang berterusan dan penyertaan komuniti yang menyeluruh mampu menjadi pemangkin kepada perubahan positif dalam tahap kesihatan dan kualiti hidup masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: